
COVID-19: Melaka rekodkan dua kes
AYER KEROH 6 Nov. – Dua kes positif baharu berikutan penularan COVID-19 direkodkan di negeri ini, hari ini.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka menerusi kenyataannya berkata, dua individu terbabit direkodkan positif adalah dari dua daerah iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Menurutnya, satu kes membabitkan individu berusia 42 tahun di Daerah Alor Gajah telah dilaporkan di Mukim Durian Tunggal yang merupakan jangkitan tempatan berdasarkan daripada saringan kesihatan bergejala.
Manakala, satu kes di Melaka Tengah juga direkodkan di Mukim Batu Berendam telah dilaporkan merupakan kes jangkitan import (B) berdasarkan daripada kes saringan kemasukan kerja.
Dalam pada itu, 12 kes positif masih dirawat di Hospital Melaka, bagaimanapun tiada kes sembuh dan kematian dicatat di negeri ini, hari ini.
Kes yang berlaku hari ini, sekali gus mencatat satu penambahan kawasan Zon Kuning di Durian Tunggal menjadikan enam zon kuning direkodkan hari ini berbanding semalam.
Enam kawasan terbabit termasuk Ayer Molek, Chohong, Tanjung Minyak, Batu Berendam dan Durian Tunggal.
Views:
Related


Berita Lain
TOK AJAK TERHARU SOKONGAN PADU ORANG TELOK MAS
TELOK MAS 21 Jun - Sambutan luar biasa yang diterima sepanjang seminggu berlangsungnya Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR BERJAYA SELESAI 2,633 ADUAN RAKYAT
TELOK MAS 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti membawa impak besar dalam aspek kesejahteraan masyarakat apabila...
KOTA MELAKA TERIMA PROJEK PEMBANGUNAN RM495 JUTA DALAM TEMPOH 3 TAHUN
TELOK MAS 21 Jun - Dalam tempoh tiga tahun bermula dari 2023 hingga 2026, sebanyak 20 projek pembangunan bernilai hampir...
KENAPA PERLU ADA WRUR? TOK RAUF BERI JAWAPAN…
TELOK MAS 20 Jun - Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan sekadar sebuah program mendekati rakyat, bahkan ia menjadi platform...
WRUR: 521 PROGRAM BERI IMPAK BESAR BUAT 200,000 WARGA KOTA MELAKA
TELOK MAS 20 Januari - Lebih 200,000 warga Kota Melaka mendapat manfaat besar menerusi siri penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk...
KERAJAAN SETUJU TERUSKAN DANA INOVASI MEDIA – PM ANWAR
BUTTERWORTH 20 Jun - Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Dana Inovasi Media bagi membantu organisasi media tempatan melaksanakan inovasi dan pengukuhan...
