Industri kayu catat nilai eksport RM17.95 bilion tahun 2021

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BUKIT RAMBAI 31 Dis – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) mencatatkan pencapaian nilai eksport sebanyak RM17.95 bilion (0.8 peratus) dari Jan hingga Oktober 2021 berbanding sebanyak RM17.80 bilion pada tahun 2020 dalam tempoh yang sama.

Ketua Pengarahnya, Mahpar Atan berkata peningkatan itu dilihat tidak ketara kerana terdapat beberapa faktor meliputi nilai dan permintaan kayu di negara ini.

“Tapi kita menyasarkan eksport kita dalam tahun 2021 ini lebih daripada tahun 2020, kalau tahun 2020 kita ekpsort lebih kurang RM22.01 bilion jadi kita mensasarkan lebih kurang RM23 bilion bagi tahun 2021.

“Faktor kurang peningkatan daripada segi kuantiti kayu yang kita eksport mungkin sama, tetapi dari segi nilai itu adalah tinggi. Permintaan kayu bertambah tapi tidak drastik sangat macam kelapa sawit dan maksimum pun eksport kayu boleh capai RM23 bilion saja,” katanya.

MAHPAR

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Pembangunan Usahawan Bumiputera Mikro dan Penyerahan Mesin Kepada Usahawan Bumiputera Mikro Negeri Melaka di Impressive Transforms Sdn Bhd di sini, hari ini.

Ujarnya, sehingga kini MTIB mendapat permintaan produk yang tinggi daripada lima negara utama membabitkan Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapuran dan India.

“Negara utama (yang) majoriti kita eksport adalah Amerika Syarikat kebanyakan perabot ita eksport sebanyak RM6.09 bilion tahun ini hingga Oktober lalu diikuti Jepun, China, Singapura dan India.

“Ini adalah negara utama yang membeli produk kita dalam Malaysia, industri kayu-kayan ini fokusnya pada perabot, papan lapis dan kayu gergaji yang kita eksport,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

668
Kongsi :
Previous post Sukarelawan PUHA luluh hati lihat nasib mangsa banjir
Next post Pakaian terpakai hasil derma mangsa banjir dikongsi bersama
Ubah saiz-+=