
‘Ini bukanlah satu keistimewaan’ – Ismail Sabri
PUTRAJAYA 7 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap pelantikannya ke jawatan nombor dua hari ini bukanlah satu keistimewaan.
Sebaliknya beliau menganggap ia adalah amanah dan tanggungjawab yang berat khususnya ketika negara menghadapi pandemik COVID-19 dan dalam usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara.
“Doa saya semoga kita semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menteri Kanan Pertahanan itu, turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan terhadapnya.
“Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala di atas pelantikan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia.
“Pada masa yang sama, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti,” katanya.
Ismail Sabri turut berterima kasih kepada ahli-Ahli parlimen, pemimpin-pemimpin parti politik dan seluruh rakyat Malaysia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDIDIKAN JADI ASAS LAHIR PEMIMPIN PELAPIS MASA DEPAN MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Kecemerlangan pendidikan menjadi antara asas penting dalam melahirkan barisan pemimpin pelapis bagi menerajui Melaka pada...
MENARA TAMING SARI TARIK SEGMEN PELANCONG BERBEZA
BANDA HILIR 25 September - Menara Taming Sari berjaya menarik segmen pelancong dan pengunjung baharu yang mempunyai minat khusus terhadap...
‘JENGGO’ LUBOK CHINA LAIN DARIPADA YANG LAIN
AYER LIMAU 25 September - Udang galah yang menjadi antara hasil sungai utama di Lubok China bukan sahaja membantu menjana...
LAMA MENYEPI, IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA BANGKIT JADI JUARA DEBAT
SERI NEGERI 25 September - Selepas sekian lama menyepi daripada arena debat, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka membuat...
PENDIDIKAN ANAK MUDA TIDAK TERHENTI DI BILIK KULIAH – AB RAUF
SERI NEGERI 24 September - Pendidikan dan pembangunan generasi muda tidak seharusnya terhad di bilik kuliah, sebaliknya perlu dilengkapi ruang...
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
