Ini masanya untuk cipta sejarah – Zainal

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KETUA Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mahu mencipta sejarah dengan memenangi perlawanan menentang KL City FC dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Jumaat ini.

Zainal menyifatkan perlawanan timbal balik itu sebagai mustahak dan akan terus mengingatkan para pemain skuad Hang Tuah untuk memberikan komitmen dan bermain lebih gigih.

Pada masa sama, beliau turut mengharap bantuan sorakan pemain ke-12 untuk memberi semangat kepada pemain dalam aksi penting itu.

“Saya ingin mencipta sejarah, dengan dibelakangi oleh penyokong-penyokong Melaka memberi semangat kepada pemain, Insyallah pemain-pemain akan bermain lebih gigih, ini adalah permainan yang paling mustahak.

“Apa yang mereka telah korbankan daripada awal, berpuluh perlawanan, inilah satu perlawanan untuk mereka membuat sejarah, ini lah best moment sepanjang mereka bermain 2021, jadi pemain prlu memberikan sgala-galanya pada jumaat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas aksi separuh akhir pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi yang berkesudahan seri 1-1 dengan Kuala Lumpur City FC.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, beliau akan menyiapkan ‘game plan’ khusus untuk bermain di tempat sendiri selain akan melipatgandakan usaha untuk memenangi perlawanan bertemu skuad kendalian Bojan Hodak itu.

“Bagi saya gol tempat lawan ada sedikit kelebihan, namun macam-macam boleh berlaku dalam dua tiga hari ini, kita akan siapakn gameplan bermain di tempat sendiri, kita ingin ‘cleansheet’ bermain di tmpt sendiri dan cipta banyak peluang di tempat sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

842
Kongsi :
Previous post Tak perlu lantik dua ADUN PN sebagai EXCO Melaka
Next post Misi dekati lebih ramai anak muda – Rahmad
Ubah saiz-+=