
Insiden LRT: Kerja pembaikan dan pembersihan di lokasi pelanggan selesai
KUALA LUMPUR 27 Mei – Kerja-kerja pembaikan dan pembersihan landasan di sekitar lokasi kejadian pelanggaran tren LRT Laluan Kelana Jaya selesai sepenuhnya jam 5.45 petang tadi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sesi pengujian awal juga dilakukan bagi memastikan sistem dan peralatan dalam keadaan baik.

“Pengujian akhir akan dijalankan pada waktu kejuruteraan iaitu setelah tamat waktu perkhidmatan LRT hari ini, pada lewat malam.
“Pengujian ini akan disaksikan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan kelulusan penggunaan landasan akan diberikan setelah disahkan selamat,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya petang tadi.
Beliau turut berharap perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dapat mula beroperasi dengan frekuensi normal pada pagi esok.
Dalam kejadian 8.45 malam Isnin lalu sebanyak 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan, apabila sebuah tren membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...
