INSPIRE Budak Bola FC muncul juara Piala Datuk Ridhwan Mohd Ali

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PAYA RUMPUT – PASUKAN INSPIRE Budak Bola FC dari Negeri Sembilan merangkul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Ridhwan Mohd Ali diadakan di Padang 10, Kompleks MUSA, Krubong baru-baru ini.

Johan membawa pulang wang tunai RM700 bersama piala pusingan dan medal manakala naib johan pasukan NAMRA dari Johor membawa pulang wang tunai RM600 beserta medal.

Tempat ketiga milik gabungan Pasukan Gimau TPFA dari Melaka dan FIREBALL dari Negeri Sembilan dengan masing-masing membawa pulang wang RM300 beserta medal kemenangan.

Pengerusi Kejohanan, Mohd Fauzi Mohtar berkata kejohanan itu dianjurkan pihak ibu bapa yang berdaftar dibawah Kelab Gimau TPFA (Team Parent Football Academy) khusus buat pemain berusia bawah 13 tahun.

Katanya, objektif penganjuran kejohanan itu adalah untuk mencungkil dan membuka ruang buat remaja menonjolkan bakat mereka dalam sukan bola sepak.

“Kejohanan ini dianggap sebagai platform yang membuka ruang kepada remaja untuk menimba pengalaman untuk bergelar pemain bola sepak profesional.

“Pasukan dibahagian kepada empat kumpulan menggunakan format liga dan kalah mati,” katanya.

Piala kejohanan dan hadiah kepada pemenang disampaikan sendiri Penaung Kelab Gimau TPFA, Datuk Mohd Ridhwan Tun Mohd Ali.

Kejohanan membabitkan 240 pemain mewakili 16 pasukan dari Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2087
Kongsi :
Previous post PN sokong pulih semula projek HSR – Muhyiddin
Next post BN sedia program besar pulih ekonomi Johor, teruskan Projek HSR – Mohamed Khaled
Ubah saiz-+=