Intipati Bajet 2023

Masa Membaca:3 Minit, 31 Saat

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Berikut ialah intipati Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dipacu oleh 3R – Responsif, Bertanggungjawab, Reformis.

  • Peruntukan Bajet 2023 meningkat kepada RM372.3 bilion berbanding RM332 bilion bagi Bajet 2022
  • Bajet 2023 peruntuk RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion bagi pembangunan, RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion sebagai Simpanan Luar Jangka
  • Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan
  • Banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus
  • Suruhanjaya Sekuriti akan perkenal program latihan khas tingkat kemahiran wanita untuk tambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah
  • Kerajaan akan wajibkan caruman SKSPS kepada semua sektor pekerjaan sendiri secara berperingkat
  • Jumlah had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini
  • BSN akan sedia dana pinjaman mudah, bantu B40 melabur dalam ASB
  • Pengecualian bayaran duti setem 100 peratus atas pembelian rumah bernilai RM300,000 bakal jimatkan RM6,500
  • Pengecualian bayaran duti setem 75 peratus atas pembelian rumah RM750,000 bakal jimatkan wang rakyat sebanyak RM15,000
  • Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus mulai tahun 2023
  • RM10 bilion dana pinjaman akan disediakan melalui Bank Negara Malaysia untuk menggalakkan aktiviti automasi dan pendigitalan PKS serta menyokong agenda sekuriti makanan dan pemulihan sektor pelancongan
  • Kerajaan akan meneruskan Skim Pemulihan dan Sokongan Melalui Ekuiti atau RESET dan Skim Modal kerja di bawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd dengan dana keseluruhan berjumlah RM1 bilion
  • Kerajaan cadang perluas skop galakan cukai sedia ada bagi pelabur individu dalam syarikat pemula melalui equity crowdfunding (ECF)
  • Sebanyak RM200 juta disediakan untuk galakan, promosi dan pemasaran bagi memperkukuh pemulihan sektor pelancongan
  • Defisit fiskal 2023 diunjur berkurang kepada 5.5 peratus KDNK berbanding 5.8 peratus pada tahun 2022
  • Paras defisit bagi 2023 hingga 2025 dijangka terus berkurang kepada purata 4.4 peratus berbanding KDNK
  • Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif e-Invois dan Tax Identification Number (TIN) secara berperingkat mulai tahun 2023 bagi memastikan sumber hasil yang mampan
  • Petronas bercadang sumbang RM2 bilion ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) pada tahun 2023
  • Kerajaan cadang lanjutkan insentif cukai bagi syarikat berstatus BioNexus untuk permohonan yang diterima sehingga hujung 2024
  • Kerajaan cadang beri Elaun Modal Dipercepatkan dan mengecualikan cukai pendapatan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal bagi memacu produktiviti, kecekapan melalui automasi
  • Sebanyak RM250 juta disediakan untuk sokong pelaksanaan projek PPP berimpak tinggi
  • Pelan Induk Kerjasama Awam Swasta 2023-2032 akan dilancarkan bagi perkenal model PPP baharu
  • KWSP akan teruskan pembangunan Kwasa Damansara, wujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan RM3 bilion sehingga 2025
  • GLC, GLIC, komited buat pelaburan sehingga RM50 bilion bagi tahun 2023
  • Kerajaan cadang lanjut galakan cukai bagi pembangunan harta intelek sehingga 31 Dis, 2025
  • Khazanah Nasional akan labur RM1 bilion di bawah Dana Impak pada 2023
  • MOF bakal lancar piawaian pelaburan, pastikan agenda kemampanan dipertimbang dalam proses pelaburan GLC
  • EKUINAS sedia pelaburan Dana Asas berjumlah RM100 juta untuk syarikat Bumiputera dengan nilai pelaburan minimum RM10 juta untuk setiap pelaburan
  • Kerajaan melalui MDEC akan pelopori usaha transformasi UTC sebagai hab digital
  • Kerajaan cadang penubuhan 2 UTC baharu, selenggara UTC sedia ada dengan peruntukan RM20 juta
  • RM10 juta disediakan kepada CREST untuk bangunkan aplikasi bagi industri automotif
  • Dana pelaburan lebih RM1 bilion akan diwujudkan sebagai pendekatan strategik bagi tarik lebih banyak pelaburan nilai tambah tinggi
  • Kerajaan komited capai tangga 10 teratas dunia sebagai negara berdaya saing menjelang 2025
  • RM20 juta disediakan secara geran padanan untuk pembangunan produk industri peranti perubatan
  • Insentif cukai pendapatan bagi pengeluar produk farmaseutikal tempatan dilanjutkan sehingga akhir 2025
  • Kerajaan sedia RM100 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik Tempatan bagi sokong pembangunan syarikat tempatan berasaskan teknologi
  • Kerajaan cadang status khas bagi Kompleks Petroleum Pengerang untuk insentif pelaburan industri kimia dan petrokimia
  • MRT 2 Fasa 2 dijangka mula beroperasi pada Jan 2023
  • MRT3 Fasa 1 dijangka siap pada 2028 manakala Fasa 2 pada tahun 2030
  • Bajet 2023 menyediakan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM95 bilion iaitu yang terbesar disediakan

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3540
Kongsi :
Previous post Bajet 2023: Peruntukan RM372.3 bilion disasarkan untuk pembaharuan struktur, pertumbuhan
Next post Bajet 2023 peruntuk RM372.3 bilion, peningkatan ketara berbanding Bajet 2022, 2021 – Tengku Zafrul
Ubah saiz-+=