
Ismail Sabri mula tugas timbalan perdana menteri
PUTRAJAYA 9 Julai – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memasuki Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya sebagai pemimpin nombor dua dalam pentadbiran kerajaan.
Bersut serba biru, ketibaan Ismail Sabri di pekarangan Kompleks Perdana Putra pada jam 10 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.
Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Rabu lalu selain dikekalkan memegang portfolio Menteri Kanan Pertahanan.
Ismail Sabri mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4 dan kemudian menandatangani Buku Selamat Datang, diikuti bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM Muhd Redza Ahmad.
Beliau kemudiannya menghadiri Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara maya bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Putra menempatkan pejabat-pejabat utama dalam pentadbiran negara seperti Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Ketua Setiausaha Negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LAKSANA PROJEK RM7 JUTA KURANGKAN RISIKO BANJIR KILAT DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Julai - Sebanyak RM7 juga diperuntukan bagi melaksanakan langkah segera mengatasi banjir kilat sekitar Dewan Undangan Negeri...
91,000 WARGA PAYA RUMPUT RASAI KASIH SAYANG TOK RAUF
PAYA RUMPUT 27 Julai - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap suara rakyat...
RM150,000 LAMBANG KASIH SAYANG TOK RAUF UNTUK ORANG PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Julai - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM150,000 menerusi Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bagi melaksanakan pelbagai...
MELAKA DIGITALKAN 11,524 PLOT KUBUR
PAYA RUMPUT 27 Julai - Melaka terus mengorak langkah dalam agenda pendigitalan apabila inisiatif Kubur Digital yang diperkenalkan buat kali...
TOK RAUF UMUM RM500,000 BINA JALAN BAHARU ‘KAMPUNG KEMBOJA’
PAYA RUMPUT 27 Julai - Penduduk Kampung Bukit Datuk B atau lebih dikenali sebagai Kampung Kemboja bakal menikmati jalan baharu...
BISTARI SANTUNI, SUNTIK SEMANGAT BUAT PESAKIT DI HOSPITAL MELAKA
PENGKALAN BATU 27 Julai - Program Ziarah Prihatin Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) Negeri Melaka bukan...
