
Isu jalan tapak Klinik Kesihatan Simpang Bekoh akan diselesaikan segera
RIM 16 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim berusaha untuk menyelesaikan segera isu dibangkitkan mengenai jalan di tapak Klinik Kesihatan baharu Simpang Bekoh.
ADUN RIM, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, setakat ini wakil JAPERUN sudah mengadakan lawatan bagi mengenal pasti dan mendapatkan gambaran sebenar lokasi berkenaan.
“Lawatan diadakan pada 13 Mei lalu, hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), insyaAllah tindakan bagi menangani masalah itu akan diambil segera.
“Saya berterima kasih atas maklum balas semua pihak diharapkan usaha menyelesaikan masalah ini akan berjalan lancar,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.
Menurut Khaidhirah pihak penduduk RIM boleh membuat aduan dengan menghubungi wakil JAPERUN Rim di talian 013-6226404 (Setiausaha JAPERUN) dan 012-2923025 (Penghulu).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
GANDINGAN ‘TOK RAUF’, ‘TOK AJAK’ SINARI PELANCONGAN MELAKA
TELOK MAS 8 Julai - Kejayaan sektor pelancongan yang semakin mendunia dan menggamit jutaan pelancong merupakan hasil visi serta idea...
MAIM PINDAHKAN PUSARA EMPAT SEKELUARGA BERUSIA LEBIH 60 TAHUN
SERKAM 8 Julai - Pusara empat sekeluarga berusia lebih 60 tahun di Mukim Merlimau, selamat dipindahkan ke lokasi perkuburan Islam...
DURIAN PERCUMA, RAKYAT HARGAI KEPRIHATINAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 8 Julai - Program makan durian percuma bukan sekadar untuk menyantuni dan berkongsi rezeki bersama rakyat, sebaliknya dilihat...
KAMPUNG PADANG SUDAH BERUBAH WAJAH
KESIDANG 8 Julai – Rumah Pangsa Kampung Padang yang dahulunya berdepan pelbagai masalah infrastruktur dan persekitaran kini berubah wajah hasil...
BUMBUNG BAHARU, BANTUAN BERMAKNA BUAT NELAYAN JAGA ISTERI HIDAP KANSER
SUNGAI RAMBAI 8 Julai - Di sebalik senyuman yang terukir, tersimpan kisah perjuangan hidup seorang nelayan yang bukan sahaja berdepan...
TOK RAUF TURUN PADANG PANTAU PERKEMBANGAN PROJEK BALAI NELAYAN BAHARU PASIR GEMBUR
TANJUNG BIDARA 8 Julai - Perkembangan berhubung pembangunan projek balai nelayan baharu untuk faedah komuniti nelayan di Pasir Gembur, Tanjung...

