Isu pencemaran Sungai Punggur Paya Redan dipandang serius

Masa Membaca:59 Saat

AYER MOLEK 23 Nov – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali memberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk isu pencemaran air dan bau di Sungai Punggur Paya Redan diselesaikan.

Katanya, beliau memandang serius mengenai isu tersebut dan mahu isu tersebut diatasi dengan segera.

DALAM lawatan mengejut itu, ia turut disertai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Pegawai Daerah Jasin.

“Saya memandang serius isu pencemaran Sungai Punggur Paya Redan yang didakwa berpunca daripada pelepasan sisa kumbahan dari ladang ternakan lembu milik persendirian selain ternakan ayam di sebuah kilang berhampiran.

“Dalam lawatan mengejut di sepanjang sungai dan ladang ternakan berhampiran, saya turut melibatkan semua ketua agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Pegawai Daerah Jasin untuk menyimpulkan langkah penyelesaian terbaik serta tindakan penguatkuasaan yang boleh dibuat untuk memastikan masalah pencemaran bau dan air diatasi segera,” jelas kenyataannya di Facebook rasminya semalam.

Views:

1461
Kongsi :
Previous post Bayi sembilan bulan antara positif COVID-19
Next post Banjir beri rezeki tambahan
Ubah saiz-+=