JAIM intai pasangan kekasih di hotel

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 3 November – Enam pasangan kekasih yang disyaki bersekedudukan dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan di beberapa hotel bajet sekitar Ujong Pasir, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat berkata, mereka yang ditahan membabitkan tiga wanita dan tiga lelaki itu berusia antara 20 hingga 40 tahun dalam pemeriksaan antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.

“Kesemua mereka ini ditahan selepas disyaki menginap di bilik hotel berdua-duaan dengan pasangan bukan muhrim tanpa sebarang ikatan yang sah.

“Malah mereka juga gagal mengemukakan sebarang dokumen sah ketika diminta penguat kuasa semasa serbuan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, antara yang ditahan semasa operasi itu adalah wanita yang masih berstatus isteri orang dan juga lelaki yang sudah berkahwin.

WhatsApp Image 2022-12-03 at 1.47.06 PM
WANITA yang masih berstatus isteri orang ditahan penguat kuasa JAIM bersama teman lelakinya di sebuah hotel bajet di Ujong Pasir.

“Ketika ditahan wanita berusia 37 tahun ini mendakwa sudah bercerai sejak empat tahun lalu namun pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati dia masih berstatus isteri orang. Manakala rakan lelakinya berusia 40 tahun pula memberi alasan kini sedang dalam proses penceraian,” katanya.

Che Sukri berkata turut ditahan dalam operasi sama seorang graduan universiti awam yang bakal menghadiri konvokesyen bersama teman wanitanya.

“Kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM bagi dirakam keterangan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5817
Kongsi :
Previous post Saifuddin Nasution, Zambry, Tengku Zafrul dan Mohd Na’im angkat sumpah senator
Next post Membudayakan sukan dalam kalangan OKU Melaka
Ubah saiz-+=