
Jalan baharu di Kampung Relau beri keselesaan pada penduduk
ASAHAN 23 Jun – Tindakan pantas Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menurap semula jalan raya di Kampung Relau Asahan memberi kelegaan buat penduduk di kawasan itu yang menggunakannya sebagai laluan utama untuk keluar dan masuk.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Relau, Zamzuri Jinudin berkata kerja-kerja penurapan jalan sejauh 100 meter itu siap sepenuhnya pada 17 Jun lalu sekali gus memudahkan penduduk di kawasan berkenaan.
“Terima kasih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan dan MPJ atas tindakan pantas menurap semula jalan yang menjadi laluan utama penduduk dan pelancong.
“Jalan ini sudah lama berlubang dan rosak, lebih-lebih lagi apabila berlaku banjir jadi keadaan semakin teruk, hujung minggu memang ramai yang melalui kawasan ini sebab ia juga jalan untuk ke Laman Tiga Budaya dan Air Terjun Asahan.
“Diharap dengan siapnya jalan baru ini, ianya dapat memberi keselesaan kepada penduduk mahupun pelancong yang melalui jalan ini,” katanya kepada MHI.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA
AYER KEROH 14 Mei - Harga kediaman bagi pasaran Melaka kekal terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta...
