Naik taraf infrastruktur Kampung Air Pasir dan Kampung Machap Baru

Masa Membaca:58 Saat

MACHAP JAYA 23 Jun – Penduduk Kampung Air Pasir dan Kampung Machap Baru menarik nafas lega apabila sistem infrastruktur kedua-dua kampung berkenaan dinaik taraf sekali gus memberi keselesaan kepada orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata peruntukan menaik taraf jalan Kampung Air Pasir diterima menerusi Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah manakala bagi menaik taraf sistem perparitan di Kampung Machap Jaya diperolehi menerusi peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Katanya, kerja-kerja menaik taraf jalan di Kampung Air Pasir sedang dilakukan di jalan sepanjang 500 meter dengan peruntukan dianggarkan bernilai RM50,000.

“Manakala bagi kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di Kampung Machap Baru dianggarkan bernilai RM100,000 sepanjang kira-kira 200 meter.

“Kerja-kerja naik taraf itu bagi mengatasi masalah banjir kilat yang melanda kawasan kampung berkenaan,” katanya.

Menerusi catatan Facebook rasminya, Hee Sam berkata, beliau sendiri turun padang bagi memastikan kerja-kerja naik taraf infrastuktur di kedua-dua kampung itu bagi memastikan semua projek terbabit berjalan lancar.

“Terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kelulusan peruntukan itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1568
Kongsi :
Previous post Jalan baharu di Kampung Relau beri keselesaan pada penduduk
Next post 17 kawasan di Melaka terjejas banjir
Ubah saiz-+=