
Jalur Gemilang berkibar di lokasi pelancongan Melaka
BANDA HILIR 4 Ogos – Bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia pada Ogos, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang di kawasan-kawasan tumpuan pelancongan.
Melalui tinjauan Melaka Hari Ini di sekitar Banda Hilir, didapati kontraktor yang ditugaskan telah mula memasang Jalur Gemilang di tiang-tiang lampu serta kawasan-kawasan bersesuaian di bandar bersejarah itu.
Antara kawasan yang terlibat termasuklah di sekitar Bangunan Merah, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan hinggalah ke Kota A’Famosa.
Difahamkan kerja-kerja berkenaan mengambil masa seharian untuk dilakukan dalam usaha merancakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan di bumi Melaka.
Dalam perkembangan sama, MBMB turut meminta orang ramai untuk menunjukkan semangat patriotik dengan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman serta premis masing-masing selaras dengan saranan ‘Satu Rumah Satu Bendera’ oleh Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali.
Untuk rekod, ‘Malaysia Prihatin’ telah diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan tahun ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha menyeru semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Views:
Related


Berita Lain
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG
DUYONG 21 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi...
AKSI TEMPUR, LOMPAT API GEGARKAN SAMBUTAN MERDEKA MELAKA
SUNGAI UDANG 22 Ogos - Aksi lompatan merentasi api dan pemusnahan papan menjadi antara elemen baharu yang bakal dipersembahkan 64...
GELOMBANG 30,000 ANAK MUDA BAKAL GEGAR MITC
AYER KEROH 22 Ogos - Lebih 30,000 belia dijangka membanjiri Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi memeriahkan Karnival Anak Muda...
UMIS@UNIMEL: TRANSFORMASI UNIVERSITI DIGITAL, LESTARI
KUALA LINGGI 22 Ogos - Pelaksanaan UMIS@UNIMEL (University Management Information System) bakal menjadikan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sebagai sebuah institusi...
800 ANGGOTA POLIS BERTUGAS, PASTIKAN KELANCARAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DI KLEBANG
AYER KEROH 22 Ogos – Kira-kira 800 anggota polis akan digerakkan bagi memastikan aspek keselamatan dan kelancaran lalu lintas sempena...
