Jam Merdeka simbolik perpaduan kaum Masjid Tanah capai kemerdekaan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

MASJID TANAH 14 Ogos – Bukan sekadar mercu tanda ikonik di Masjid Tanah, Menara Jam Merdeka terletak di persimpangan utama pekan itu juga menjadi bukti perpaduan antara kaum yang bersama-sama meraikan kemerdekaan negara.

Sekukuh binaan struktur bangunan berkenaan, itulah gambaran keakraban hubungan antara kaum di Masjid Tanah yang masih segar hingga ke hari ini.

Menara itu menjadi simbolik perpaduan kerana ia adalah hasil kesepatan tiga kaum utama di pekan Masjid Tanah suatu ketika dahulu.

Menceritakan kisah itu, orang lama yang merupakan penduduk asal Masjid Tanah, Ishak Hussin, 80, berkata, hasil kesepakatan kesemua kaum ketika itu setuju bersama-sama mengumpulkan wang bagi membiayai pembinaan menara berkenaan.

Katanya, menara berkenaan adalah simbolik memperingati hari kemerdekaan negara yang diperjuangkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

WhatsApp Image 2023-08-13 at 16.35.12
PEKAN Masjid Tanah

Menurutnya, ketika itu pimpinan akar umbi daripada Parti Perikatan yang memperjuangkan hak kemerdekaan negara telah bertekad untuk membina menara dan orang kampung mula mengumpul wang derma daripada setiap kaum.

“Hasilnya, sehingga hari ini menara setinggi bangunan dua tingkat itu masih kekal hasil perpaduan yang wujud, sama ada Melayu, Cina dan India kami semua bersatu hati ketika itu untuk mencapai kemerdekaan.

“Ramai anak muda yang tidak tahu simbolik menara jam itu, saya berharap bangunan ikonik ini patut diketengahkan untuk memastikan nilai perpaduan seluruh kaum menjadi benteng kepada keharmonian negara kita,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2023-08-13 at 16.51.36
ISHAK. Foto: MR. Azli

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1390
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris
Next post ZM Kris Mas ungguli takraw daerah Melaka Tengah
Ubah saiz-+=