ZM Kris Mas ungguli takraw daerah Melaka Tengah

Masa Membaca:59 Saat

PAYA RUMPUT 14 Ogos – Pasukan ZM Kris Mas membuktikan keunggulan mereka di gelanggang sepak takraw daerah Melaka Tengah apabila dua pasukannya muncul johan dan naib johan.

Pada pertandingan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Daerah Melaka Tengah yang berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Krubong, di sini, ZM Kris Mas A unggul menewaskan ZM Kris Mas B, sekali gus menjadi wakil daerah Melaka Tengah untuk ke peringkat negeri.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah Norazlin Sarun berkata, kejohanan Liga Sukan Komuniti itu merupakan acara sukan berbentuk pertandingan yang dilaksanakan di tiga peringkat iaitu daerah, negeri dan kebangsaan.

Katanya, beberapa acara sukan dipertandingkan pada pertandingan tersebut antaranya, futsal, bola jaring, selain sepak takraw.

“Pertandingan ini antara lain menggalakkan masyarakat tempatan membudayakan sukan, selain meningkatkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

“Ia juga secara tidak langsung dapat mencungkil bakat di peringkat akar umbi,” katanya.

Terdahulu, kejohanan tersebut telah dirasmikan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka Datuk Akramuddin Ab Aziz dan turut dihadiri Pegawai Daerah Melaka Tengah Datuk Saiful Hazwan Kipli.

Bagi peringkat Daerah Melaka Tengah, sebanyak 16 pasukan beraksi bagi merebut tiket ke peringkat negeri yang diadakan pada bulan depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1432
Kongsi :
Previous post Jam Merdeka simbolik perpaduan kaum Masjid Tanah capai kemerdekaan
Next post Melaka cadang buka PPLK di setiap kawasan PBT
Ubah saiz-+=