JAMBATAN MELAKA SENTRAL FASA 2 DITUTUP KEPADA ORANG RAMAI

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 17 September – Jambatan Melaka Sentral Sungai Melaka Fasa 2 ditutup kepada orang ramai berikutan kerosakan yang berlaku dikhuatiri boleh memudaratkan orang ramai jika terus dibiar menggunakan kemudahan itu.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, kemudahan itu disita dan sekitarnya dipasang pita merah bagi memastikan tiada pengguna melaluinya.

Whatsapp Image 2024 09 17 At 1.27.43 Pm
SHADAN, Kalsom dan wakil agensi terlibat mengadakan lawatan melihat Jambatan Melaka Sentral Sungai Melaka Fasa 2, pagi tadi.

“Jambatan ini sebenarnya projek terbengkalai Sungai Melaka Fasa 2 dan saya difahamkan ia dikendalikan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Bagaimanapun di pihak MBMB tindakan sementara kita adalah menyita jambatan itu supaya tidak lagi digunakkan kerana telah disahkan tidak selamat dan membahayakan pengguna,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata pihaknya masih menunggu keputusan daripada JPS sama ada untuk membina baharu atau membaik pulih semula jambatan tersebut.

“Segala kos menambah baik atau membina baharu adalah bergantung kepada pihak JPS sendiri, pihak MBMB hanya boleh menyita kawasan itu kerana tidak selamat,” katanya.

Whatsapp Image 2024 09 17 At 1.27.43 Pm (1)
STRUKTUR binaan jambatan berkenaan yang sudah tidak selamat untuk digunakan.

Terdahulu Shadan telah mengadakan lawatan bagi melihat keadaan dan struktur jambatan tersebut yang turut dihadiri Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin serta beberapa wakil agensi dan jabatan Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

16723
Kongsi :
Previous post CIPTA LOGO, TAGLINE DAPAT HADIAH LUMAYAN
Next post ISLAM CERMINAN PERIBADI MUSLIM
Ubah saiz-+=