JAMUAN DEEPAVALI MELAKA TAMPIL MENU ‘ALA MALAYSIA’

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDARAYA MELAKA 21 Oktober – Kira-kira 3,000 pengunjung dijangka akan memeriahkan Majlis Sambutan dan Jamuan Deepavali yang akan berlangsung pada Ahad ini di Padang Nyiru, Banda Hilir.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP. Shanmugam berkata, berbanding tahun sebelumnya, sambutan kali ini agak meriah apabila diselitkan dengan pelbagai acara menarik.

“Kita yakin rakyat Melaka tidak akan melepaskan peluang ini kerana mereka ingin meraikan dan menyambut bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang hadir memeriahkan sambutan.

“Malah menariknya kali ini jamuan makan kita bertemakan ‘Ala Malaysia’ apabila pelbagai jenis makanan akan dihidangkan kepada pengunjung yang hadir,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi MIC negeri berkata demikian ketika ditemui selepas Menyampaikan Bantuan Pakaian Deepavali kepada 75 murid kurang berkemampuan, di Jalan Little India, hari ini.

Menurut Shanmugam, pada malam itu juga pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian, termasuk daripada artis popular tanah air.

“Menariknya tahun ini bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (2024) kita bawakan Zubir Khan. Popular dengan lagu Yennode Macha kita yakin aura penyanyi muda itu dapat tarik kehadiran pengunjung pelbagai kaum.

“Untuk pertama kalinya juga sambutan kita adakan pada hari Zon Bebas Kenderaan dan ini akan memeriahkan lagi sambutan kerana mereka bukan hanya dapat bersama-sama kita meraikan Jamuan Deepavali tetapi dapat bersiar-siar ke kawasan Zon Bebas Kenderaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

469
Kongsi :
Previous post BEKALAN BARANGAN KEPERLUAN ‘JUALAN RAHMAH’ AKAN DITAMBAH BAIK
Next post ‘SATU SUMBANGAN SERIBU MAKNA’
Ubah saiz-+=