Jangan malu mohon bantuan MAIM

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 26 Oktober – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sedia membantu anak jati Negeri Melaka untuk mencapai kecemerlangan akademik khususnya mereka tergolong dalam kelompok asnaf.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, berikutan itu asnaf berkenaan tidak perlu malu dan diminta tampil agar dapat dibantu menerusi pelbagai bentuk bantuan disediakan agensi itu.

“MAIM sentiasa terbuka untuk membantu mana-mana pelajar berpotensi mencapai kejayaan termasuk mereka yang menerima tawaran untuk melanjurkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Sekiranya ada anak-anak asnaf belum menerima bantuan MAIM sila tampil segera ke pejabat MAIM atau cawangan kami terletak di semua daerah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Md Rawi yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyempurnakan Majlis Apresisasi Pelajar MAIM diadakan di sebuah hotel, di sini, semalam.

Hadir sama pada masjlis itu Setiausaha MAIM, Ikram Ibrahim, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Halim Tawil serta tetamu lain.

Pada majlis berkenaan seramai 60 daripada 110 pelajar asnaf yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2020 dan 2021 menerima penghargaan daripada MAIM.

Setiap pelajar berkenaan menerima Sijil Penghargaan, plak dan wang tunai mengikut bilangan subjek A yang diperolehi dan akan dikreditkan ke akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) masing-masing.

“Kali ini kita raikan 60 pelajar yang memperoleh keputusan dari 5A hingga `11 A dan ini merupakan penganjuran pertama selepas dua tahun tertangguh akibat penularan wabak pandemik COVID-19.

“Sudah lima kali program seperti ini dianjurkan dan mesti diteruskan pada tahun akan datang bagi memberi motivasi kepada anak asnaf diluar sana untuk meraih kejayaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4621
Kongsi :
Previous post Dulu asnaf kini pengasas syarikat animasi
Next post ‘Bikers Pitstop’ tarik minat geng motosikal ke Melaka
Ubah saiz-+=