
Jasin bakal jadi pusat kraftangan pelancongan, warisan
SERI NEGERI 3 Mac – Kerajaan negeri bercadang menjadikan Jasin sebagai pusat kraftangan pelancongan, warisan dan tradisional di Melaka.
EXCO Kanan Keusahawanan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu dicadangkan berikutan daerah Jasin menjadi kawasan yang paling aktif menghasilkan produk kraftangan dan warisan bernilai tinggi di negeri ini.
Beliau berkata bagi memperkasa sektor keusahawanan berasaskan produk nilai warisan dan tradisional itu, pihaknya akan bekerjasama dengan EXCO Pelancongan bagi mengenal pasti usahawan berkenaan dan seterusnya membimbing mereka menerusi agensi dan jabatan kerajaan negeri yang terlibat.
“Mana-mana individu atau syarikat yang mempunyai produk bernilai tinggi dalam bentuk warisan dan tradisional, kerajaan negeri akan membantu mereKA.
“Ia termasuklah bantuan bimbingan dan mengetengahkan produk mereka dari sudut pemasaran, selain membesarkan lagi perniagaan mereka.
“Fokus kita ialah kepada produk yang menggunakan kreativiti seni tangan dan bercirikan tradisional,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
RUNDINGAN KERJASAMA PRN MELAKA BELUM BERMULA – AB RAUF
BANDA HILIR 24 September - Rundingan antara Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
INTEGRITI, AMANAH JADI TERAS WARGA MAIM
PENGKALAN BATU 24 September - Nilai integriti dan amanah perlu terus menjadi teras dalam budaya kerja warga Majlis Agama Islam...
DULU 30 MINIT, KINI BAWAH 10 MINIT LALU DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 24 September - Dilema penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal yang berdepan kesesakan luar biasa kini...
