Jenama M-WEZ untuk pembangunan strategik – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 17 Nov – Koridor ekonomi persisir pantai bukan perkara baharu di Melaka, kata Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sebaliknya, beliau berkata, koridor ekonomi persisir pantai itu telah lama dilaksanakan sewaktu pentadbiran Ketua Menteri keempat, Datuk Setia Abdul Ghani Ali.

Namun, jelasnya, koridor sedia ada itu dijenamakan semula sebagai Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) bagi membolehkan sebuah perbadanan diwujudkan bagi menyelaras dan memantau pelan pembangunan strategik yang telah dirangka.

“Pada saya M-WEZ ini bukan perkara baru dan telah pun diluluskan sebelum saya pun sudah ada iaitu ketua menteri-ketua menteri sebelum ini.

“Dah diluluskan pun tapi tak ada perancangan yang rapi dan tak ada penyelarasan, jadi macam mana nak bina, nak tambak sebab master plan tak ada, blue print tak ada. Sebab itu saya buat dasar yang baharu.

“Menjenamakan semula sebagai Waterfront Economic Zone yakni tubuhkan enakmen untuk perbadanan supaya ia boleh dilaksanakan dan ada orang yang menyelaras,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin dan calon MCA di sini, hari ini, yang turut dihadiri Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya projek M-WEZ akan menjejaskan pendapatan nelayan, ujarnya, perkara itu tidak berlaku kerana setiap perancangan dibuat dengan teliti mengikut Penilaian Impak Perikanan (FIA).

“Jangan risau akan ada tempat untuk menangkap ikan bukannya sampai ke Sumatera.

“During construction, dia boleh tangkap ikan. Don’t worry. Sekarang sudah tambak pun mereka masih boleh tangkap ikan.

“There is something for the nelayan. Dalam itu dah ada FIA (Fishering Impact Assesment). Semua diambil kira, kalau satu tak lulus, projek tak akan jalan,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

312
Kongsi :
Previous post Sedar diri Azmin, Bersatu tidak lagi relevan – Ginie
Next post PRN Melaka: Hari Kelepasan Am Khas pada 20 Nov
Ubah saiz-+=