
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HASANAH PONDOK KEMPAS
BEMBAN 15 Mei – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Al-Hasanah Pondok Kempas, Jasin Tahun 2026M/1447H, hari ini.
Simbolik perasmian masjid berkenaan disempurnakan dengan lafaz perasmian oleh Tun Dr. Mohd Ali yang kemudian diteruskan dengan menandatangani plak dan sesi penyampaian sumbangan kepada warga emas serta pegawai masjid.
Perasmian masjid itu dilihat mampu menjadi pusat penyatuan masyarakat setempat selain mengimarahkan aktiviti keagamaan serta memperkukuh institusi masjid sebagai pusat pembangunan ummah di kawasan berkenaan.
Selain itu, kewujudan masjid berkenaan turut memberi kemudahan lebih selesa kepada penduduk sekitar untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kerohanian termasuk solat berjemaah, kuliah agama dan program kemasyarakatan.
Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka Datuk Md Azhan Samat; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Ehsan Mohd Hosni serta Pengerusi Masjid Al-Hasanah Pondok Kempas Mohd Zin Othman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

