Jenazah anggota bomba lemas selamat dikebumikan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

PAYA RUMPUT 21 Okt. – Jenazah anggota bomba yang lemas ketika menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, di sini hari ini.

Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, 46 yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah selamat dikebumikan pada jam 11.50 pagi dengan penuh istiadat kebombaan.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir di masjid berkenaan, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali dan Mohd Rustam.

Norazira Che Nor, 35, (tengah) sebak ketika jenazah suaminya anggota bomba Mohd Diya Che Jusoh, 46, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, Melaka. Foto: MR. Azli

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan dengan dihadiri isteri, Noraida Che Nor dan empat anak berusia antara 9 hingga 18 tahun serta kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga dan saudara terdekat dalam keadaan norma baharu.

Turut hadir mengiringi pengebumian Allahyarham Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Pengarah Bahagian Operasi JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad dan Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesuruhjaya Abu Bakar Katain.

Allahyarham Che Diya yang dilaporkan kritikal selepas rebah ketika menyelamatkan mangsa banjir semalam menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka pada jam 3.11 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Mohd Diya dimandikan dan disembahyangkan di Masjid An-Nur selepas dibawa dari kediamannya di Taman Krubong Jaya, di sini bagi penghormatan terakhir ahli keluarga dan saudara mara terdekat.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1028
Kongsi :
Previous post Pelajar Malaysia paling lama tidak ke sekolah – Muhyiddin
Next post Perkhidmatan Airbnb wajar dilesenkan, perlu ada garis panduan
Ubah saiz-+=