JETI MICT DIBINA BERBENTUK ‘L’

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 14 November – Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka akan dibina berbentuk L.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jeti berkenaan boleh memuatkan empat buah kapal berlabuh pada satu-satu masa.

Menurut beliau, sekiranya mendapat permintaan tinggi pada masa akan datang, jeti berkenaan boleh ditambah baik dan dinaik taraf kepada bentuk ‘T’ bagi membolehkan lebih banyak kapal berlabuh.

“Buat masa ini ia dapat menampung lebih banyak kapal-kapal berkapasiti lebih besar untuk berlabuh di situ, termasuklah kapal persiar mewah terbesar di dunia yang mampu membawa kira-kira 8,880 penumpang termasuk anak kapal pada satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke tapak Projek MICT Melaka Gateway dan Galeri Projek Melaka Gateway KAJ Development Sdn Bhd di sini hari ini

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta kenamaan lain.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif KAJ Development Sdn Bhd Datuk Dr. Daing A Malek Daing A Rahaman dan Ketua Pengarah Pertubuhan Kerjasama Antarabangsa Zhenghe, Sun Zhiguo.

Terdahulu, Ab Rauf pada lawatan tersebut turut memaklumkan Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka dijangka akan siap dan beroperasi pada suku tahun ketiga 2026.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4137
Kongsi :
Previous post MICT BEROPERASI 2026, TINGKAT KEHADIRAN PELANCONG KE MELAKA
Next post SUSUR BULATAN KLEBANG KINI DIBUKA
Ubah saiz-+=