JETI NELAYAN KLEBANG BERWAJAH BAHARU

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 22 September – Jeti Nelayan Lereh dan Klebang Besar sedang dinaik taraf bagi memudahkan aktiviti nelayan khususnya pada waktu malam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, kerja menaik taraf itu termasuklah menambah pelantar di jeti berkenaan.

“Infrastruktur komuniti nelayan ini adalah antara fokus utama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang.

“Sebelum ini Jeti Lereh hanya ada satu pelantar, jadi kita tambah yang baharu untuk mudahkan nelayan menaikkan bot mereka ke tebing sungai dan lain-lain.

“Begitu juga nelayan di Jeti Klebang Besar turut mendapat manfaat yang sama, ini sebagai bukti kita juga memberi tumpuan dan kepada nelayan, pesawah dan petani,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Ban Hong yang juga Penasihat Khas Pelaburan Dan Hal Ehwal Negara China Kepada Ketua Menteri berkata, selain pembangunan sektor pelancongan, perindustrian dan pelaburan, kebajikan komuniti nelayan turut menjadi fokus utamanya.

Ini kerana menurut beliau, ia merupakan antara manifesto yang dibawanya ketika bertanding sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri yang lalu.

“Semua ini perkembangan baharu nelayan di DUN saya, saya ingin memastikan tiada golongan yang tercicir daripada mendapat manfaat di kawasan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

122
Kongsi :
Previous post YB-YB MELAKA ‘EASY TO ACCESS’
Next post MACAM-MACAM ADA DI EKSPO TVET@KKDW MITC, 27-29 SEPTEMBER INI
Ubah saiz-+=