Sorting by

×

JKM BUAT PENILAIAN SECARA HOLISTIK SEBELUM SALUR BANTUAN

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

SERI NEGERI 28 April – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melakukan penilaian secara holistik agar bantuan yang disalurkan menepati keperluan dan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, antara aspek yang diambil kita dalam menilai permohonan bantuan adalah pendapatan per kapita dan penanda aras garis kemiskinan (PGK).

Katanya, Kerajaan Negeri menetapkan kelayakan tidak hanya melihat kepada jumlah pendapatan kasar isi rumah semata, faktor tanggungan juga menjadi kriteria utama melalui formula pendapatan per kapita iaitu jumlah pendapatan dibahagikan dengan bilangan ahli keluarga yang tinggal bersama.

“Kaedah ini memastikan pemohon dengan pendapatan melebihi had asas tetapi memiliki tanggungan yang ramai tetap berpeluang mendapat bantuan.

“Seseorang pemohon layak menerima bantuan sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Purata Isi Rumah Semasa atau tidak melebihi PGK Purata Perkapita Miskin Tegar Semasa.

“Unit Perancang Ekonomi Negeri telah menetapkan PGK Miskin Tegar di Melaka adalah bawah RM1,254 dan PGK Perkapita Miskin Tegar pula bernilai di bawah RM338,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Zaidi Attan (BN-Serkam) mengenai penelitian semula syarat kelayakan permohonan bantuan kebajikan pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata, JKM negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM51.5 juta yang memberi manfaat kepada 30, 319 penerima di seluruh Melaka.

Katanya, JKM negeri akan menjalankan siasatan menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada angka pendapatan pemohon semata, malah mengambil kira aspek ekonomi, bilangan anak bersekolah, tahap kesihatan ahli keluarga serta status dan keadaan tempat tinggal pemohon.

“Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan JKM berkuat kuasa Januari 2025, mana-mana pemohon yang benar-benar bekeperluan untuk dibantu walaupun telah melepasi syarat kelayakan sedia ada boleh dipertimbangkan.

“Pertimbangan boleh dilakukan menerusi kelulusan khas Pengarah Kebajikan Masyakarakat Negeri atas syor daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

229
Kongsi :
Previous post KAJIAN SEMULA SKIM TIDAK PRODUKTIF DIJALANKAN SETIAP TAHUN
Next post 1 PBT 1 AMBULANS: KOMITMEN MELAKA SEDIA PERKHIDMATAN KECEMASAN LEBIH MENYELURUH