JKM Melaka beri bantuan bulanan kepada moyang jaga enam cicit
BUKIT KATIL 9 April – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka bakal memberikan bantuan bulanan bagi membantu kepayahan hidup seorang warga emas, Awa Minhat, 79 yang membesarkan enam cicit di Kampungku Sayang, di sini.
Pengarah JKM Melaka, Burhanuddin Bachik berkata, hasil turun padang wakil JKM Melaka bagi menyantuni keluarga terbabit kelmarin mendapati keluarga berkenaan layak menerima bantuan bulanan berdasarkan kesusahan yang dialami.
“Tindakan awal JKM Melaka telah diambil hasil lawatan kelmarin dengan melakukan penyerahan sumbangan barangan makanan serta bantuan Tabung Bantuan Segera berjumlah RM200.
“JKM turut akan mempertimbangkan Bantuan Kanak-kanak berjumlah RM600 sebulan di atas nama moyangnya bermula Mei depan sehingga April 2023 setelah melengkapi borang permohonan berkenaan,” katanya.
Terdahulu, kisah Awa yang menjadi ‘ibu dan bapa’ kepada enam cicitnya berusia 7 hingga 19 tahun telah disiarkan Melaka Hari Ini.
Enam cicitnya itu tidak dapat merasai belaian kasih sayang insan digelar ibu dan bapa selepas berlaku keretakan rumah tangga.
Ibu kanak-kanak malang itu kini sudah berkahwin lain, manakala bapa mereka pula sedang menjalani hukuman di Penjara Lipat Kajang, Jasin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
JKPD KOMITED BANTU BEKAS PENAGIH BINA KEHIDUPAN BAHARU
KLEBANG 13 - Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) terus komited untuk memainkan peranan dalam membantu penagih kembali pulih sepenuhnya dan...
TANAM MELON, IKHTIAR UNTUK UBAH NASIB
KLEBANG 13 November - "Mungkin dengan cara ini dapat buktikan yang saya sekarang betul-betul sudah berubah dan ingin berhijrah kepada...
RXZ MEMBERS MELAKA: DATARAN MITC DIJANGKA ‘FULL HOUSE’
AYER KEROH 13 November - Penganjuran Ride Edition RXZ Members Melaka Chapter 2024 di Dataran MITC, pada 6 dan 7...
BEKAS MENTERI KEWANGAN TUN DAIM MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 13 Nov - Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun di sebuah hospital...
TAUHU HALALAN TOYYIBAN, AIR TANGAN BEKAS JURURAWAT
MERLIMAU 13 November - Keputusan wanita ini untuk berhenti daripada berkhidmat sebagai jururawat dan fokus kepada perniagaan lima tahun lalu...
WARISAN MELAYU MELAKA DIPERLUAS HINGGA NUSANTARA
AYER KEROH 13 November - Warisan Melayu Melaka bukan sahaja membentuk landskap budaya dan sosial di negeri ini, bahkan memberi...