JKM turun padang periksa taska, tadika

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

PENGKALAN BATU 2 November – Pemeriksaan ke atas semua taska dan tadika di negeri ini perlu dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan kesemua premis itu beroperasi secara sah dan berdaftar.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, tindakan itu perlu kerana bagi memastikan sama ada premis ini ada inisiatif membuat permohonan bagi membolehkan mereka beroperasi secara sah.

Katanya, pemeriksaan itu juga bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

“Saya arahkan JKM untuk turun padang dan memeriksa setiap taska yang beroperasi sama ada berdaftar atau tidak. Saya faham ada diantara premis ini masih dalam proses permohonan lesen.

“Untuk itu saya juga akan mengadakan perbincangan bersama JKM dan pihak bomba bagi mengenal pasti punca kenapa terdapat permohonan yang mengambil masa agak lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penyerahan Zakat TM Melaka yang turut dihadiri Pengurus Besar TM Melaka Datuk Rozlan Mohamed, di Kompleks Japerun Pengkalan Batu, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu berkata, pihaknya juga menggesa supaya pemilik taska, tadika atau pusat jagaan yang belum membuat permohonan untuk tampil berbuat demikian.

“Sebelum ini kita pernah menyita taska dan pusat jagaan dalam skala yang besar selepas didapati beroperasi tidak sah jadi jika boleh kita tidak mahu tindakan sama dilakukan.

“Ketika tindakan sitaan itu dibuat kita dapati ada di antara premis walaupun sudah beroperasi empat, lima tahun tetapi masih tidak berdaftar, jadi saya harap kejadian sama tidak lagi berlaku,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

927
Kongsi :
Previous post 463 nelayan Melaka, Negeri Sembilan terjejas projek KLIP terima saguhati
Next post 19 pangkalan nelayan terjejas projek pembangunan KLIP
Ubah saiz-+=