JKR Melaka ungguli Augerah Inovasi Perkhidmatan Awam

Masa Membaca:2 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 14 Julai – Usaha bagi memastikan Melaka tidak dibelenggu dengan masalah kesesakan trafik sejak 2018 dengan memperkenalkan inisiatif Sistem Lampu Isyarat Pintar (SLIP) membuahkan hasil apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka merangkul anugerah utama Augerah Inovasi Perkhidmatan Awam, hari ini.

Pengarahnya, Datuk Ir Ismail Abdul Rahman meluahkan rasa syukur di atas pengiktirafan itu berikutan kerja keras yang dilaksanakan kakitangannya menerima perhatian dan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri 2022.

Jelasnya, insiatif yang dijalankan hampir empat tahun lalu telah diperluaskan ke tiga laluan di lebuh utama di negeri ini bagi mengurangkan kesesakan dan menjimatkan masa perjalanan kenderaan yang berada dalam kesesakan trafik.

“Pelaksanaan ini merupakan produk pintar yang mengintegrasikan lampu isyarat secara pintar menggunakan kaedah ‘Internet of Things’ (IOT).

“Alhamdulillah bagi pihak JKR Melaka saya bersyukur keraja menerusi kumpulan J-Elekma ini telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kerana saingannya begitu sengit dan tidak menjangkakan langsung pengiktirafan ini.

“JKR Melaka komited akan memperluaskan lagi teknologi ini di Melaka pada masa akan datang dengan memilih laluan jalan utama di Melaka Sentral pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Pelan Strategik Jabatan Ketua Menteri Melaka 2022-2026 dan Anugerah Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2022 di Hotel Holiday Inn, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Melaka, Datuk Ir Ismail Abdul Rahman. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, SLIP yang dipasang di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA) dan Lebuh Ayer Keroh telah banyak membantu mengurangkan kesesakan yang dihadapi pengguna jalan raya.

“SLIP berupaya untuk mengurangkan tempoh masa perjalanan sebagai contoh di Lebuh Ayer Keroh iaitu pada Persimpangan Perindustrian Ayer Keroh sehingga ke persimpangan Padang Jambu waktu perjalanan dapat disingkatkan dari 22 minit kepada 12 minit sahaja membabitkan jarak sepanjang 4.3 kilometer (KM).

“Pada masa akan datang kita akan perluaskan SLIP ini di berapa lokasi lain termasuk kita akan mengintegarsikan sistem ini dgn pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) iaitu di kawasan dalam bandar,” katanya.

Terdahulu, dalam anugerah yang diterima itu, Ismail bersama wakil kakitangannya telah menerima replika cek bernilai RM8,000 beserta sijil dan piala iringan disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Dalam anugerah dinobatkan itu sebanyak lima kategori telah diumumkam dengan penyertaan sebanyak 17 kumpulan dari pelbagai agensi membabitkan 110 penyertaan pegawai dan kakitangan awam negeri.

Augerah Inovasi Kerajaan Negeri yang merupakan anugerah utama dinobatkan kali ini dan ia turut diikuti beberapa anugerah dalam kategori lain membabitkan Anugerah Penciptaan Bari ICT, Penciptaan Baru Bukan ICT, Penambahbaikan ICT dan Penambahbaikan Bukan ICT.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1761
Kongsi :
Previous post Peruntukan hampir RM65 juta bantu peneroka, generasi baharu FELDA
Next post Kabinet lulus draf RUU larang Ahli Parlimen bertukar parti
Ubah saiz-+=