Jom ke Melaka Education EXPO’22 esok

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 16 Jun – Lebih 30 kolej dan universiti ternama, tempatan serta antarabangsa menawarkan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi pada Melaka Education EXPO’22 bermula esok.

Penganjuran ekspo bertemakan ‘Your Passport To A Better Future’ itu dianggap amat kena pada masanya kerana berlangsung sehari selepas pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.

Antara pempamer mengambil bahagian dalam ekspo berkenaan adalah HELP University, Universiti DRB-Hicom, Infrastructure University Kuala Lumpur, Aero Malaysian Engineering Centre, Universiti Melaka (UNIMEL), Kolej Yayasan Saad Melaka dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

PENGANJUR melakukan persiapan akhir sempena penganjuran Melaka Education Expo’22 bermula esok

Dijangka lebih 2,000 pengunjung akan singgah ke ekspo berkenaan yang bukan sahaja menawarkan peluang pengajian sebaliknya bimbingan dan khidmat nasihat bagi mereka sedang merancang masa depan akademik.

Pengunjung juga berpeluang mengintai tawaran biasiswa dan pembiayaan untuk pengajian masing-masing.

Ekspo padat dengan pelbagai aktiviti itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Sabtu ini.

Hadir sama EXCO Pendidikan negeri, Datuk Rais Yasin, EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, pegawai kanan kerajaan negeri serta kenamaan lain.

Ekspo selama tiga hari berlangsung di Hotel Ames, Ayer Keroh, hingga 19 Jun ini dan dibuka kepada orang ramai dari jam 11 pagi hingga 6 petang.

Melaka Hari ini (MHI) adalah akhbar rasmi sepanjang eskpo pendidikan tinggi itu berlangsung.

Selain mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan pengunjung juga boleh mengikuti sesi ceramah kerjaya dan ujian personaliti kerjaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1413
Kongsi :
Previous post Tiada ibu, ayah untuk berkongsi kejayaan
Next post 1 Ogos kelepasan am Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan
Ubah saiz-+=