Sorting by

×

Tiada ibu, ayah untuk berkongsi kejayaan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BUKIT RAMBAI 16 Jun – Menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 tanpa dorongan insar bergelar ibu dan ayah tidak mematahkan semangat Nur Shafiqah Sani, 18 untuk memperoleh kejayaan cemerlang.

Pelajar Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai yang bergelar yatim piatu selepas ibu bapanya meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu, bangkit untuk berjaya sehingga memperoleh keputusan 8A.

Anak bongsu daripada dua beradik itu berkata, kejayaan itu merupakan berkat titik peluhnya yang tidak pernah jemu belajar, selain turut dibantu ibu saudara yang banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membolehkannya berjaya sampai ke tahap ini.

“Memang saya sedih kerana tidak dapat berkongsi kejayaan dengan ibu dan ayah yang pergi lebih awal.

“Tetapi saya bersyukur kerana makcik saya sentiasa membantu begitu juga guru-guru yang tidak jemu memberi semangat kepada saya.

“Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ibu dan ayah, makcik, nenek dan seluruh ahli keluarga saya. Saya bekerja keras untuk bayar semula segala titik peluh mereka membesarkan saya,” katanya yang menetap di Taman Bukit Rambai.

Nur Shafiqah berkata, dia bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan bergelar doktor suatu hari nanti.

Dalam pada itu, dia sempat menitipkan pesanan kepada semua pelajar agar tidak jemu untuk menimba ilmu dan sentiasa menghormati guru, selain yang paling penting menjaga solat lima waktu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2168
Kongsi :
Previous post Pelajar raih 9A mahu ikut jejak langkah bapa bergelar jurutera elektrik
Next post Jom ke Melaka Education EXPO’22 esok
Ubah saiz-+=