Jualan Rahmah di Melaka rekod lebih RM1.2 juta

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

PANTAI KUNDOR 17 Julai – Jualan Rahmah termasuk Jualan Rahmah Bergerak Melaka merekodkan hasil jualan lebih RM1.2 juta.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, (KPDN), Fuziah Salleh berkata, jumlah tersebut diperolehi susulan inisiatif itu menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Katanya, kedua-dua jenis jualan itu memberi manfaat kepada seramai 100,394 orang.

“Rekod pengunjung itu berdasarkan Jualan Rahmah yang diadakan di 36 lokasi di Melaka.

“Dan rekod jualan yang dicatatkan pada Jualan Rahmah berjumlah RM1,241,058.75,” katanya.

IMG_9078
Orang ramai hadir membeli barangan keperluan harian pada Lawatan Turun Padang dan Perasmian Jualan Rahmah Bergerak oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri an Kos Sara Hidup di Pasar Malam Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Rahmah Bergerak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor di Dataran Pentas Budaya Pantai Puteri, Tanjong Kling di sini hari ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin dan Timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi serta Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata daripada jumlah yang direkodkan itu, Jualan Rahmah Bergerak Melaka berkonsepkan ‘Kedai Cari Rakyat’ yang dilancarkan sejak Jun lalu mencatatkan jumlah keseluruhannya sebanyak RM195,569.40.

“Di Melaka, program Jualan Rahmah Bergerak telah diadakan di lima lokasi berbeza iaitu Machap, Asahan, Kuala Linggi, Sungai Rambai dan Ayer Limau.

“Di Melaka, rekod jualan yang dikutip pada program Jualan Rahmah Bergerak adalah berjumlah RM195,569.40, yang memberi manfaat kepada seramai 6,500 orang.

“Jualan Rahmah Bergerak ini mempunyai kelebihan pada pelaksanannya di mana ia mobilisasi dan boleh dilakukan di lokasi berbeza pada hari sama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1542
Kongsi :
Previous post Jualan Rahmah Bergerak diadakan lebih kerap, dua kali sebulan
Next post Gigih naik bas ke Melaka, usaha Muiz berbaloi
Ubah saiz-+=