
Kabel elektrik bawah jambatan Pulau Pinang terbakar
GEORGE TOWN 22 Feb. – Kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.3 dekat sini terbakar yang turut menyebabkan kesesakan teruk trafik di kedua-dua hala dalam kejadian petang ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai Mohd Fadzil Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.27 petang sebelum jentera pertama digegaskan ke lokasi kebakaran.

“Sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang namun tiada akses laluan ke lokasi untuk membuat pemadaman dan buat masa ini kami memadam api dari atas (jambatan) dahulu.
“Bagaimanapun, pihak bomba bersama Pasukan Tindakan Kecemasan Jambatan Pulau Pinang sedang berusaha untuk ke lokasi tersebut melalui akses lain, kemungkinan menerusi laut,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati asap hitam dapat dilihat sejauh kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian, manakala kesesakan pula sepanjang lebih dua kilometer setakat 5 petang tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ALONG MAHU TERUS BEKERJA UNTUK RAKYAT, SEJAHTERAKAN ASAHAN
AYER KEROH 25 Oktober - Kepercayaan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi pembakar semangat Datuk Dr. Fairul...
MELAKA TIDAK LAGI SAMBUT MERDEKA DI TAPAK TINGGALAN PENJAJAH
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Melaka tidak lagi menjadikan kawasan sekitar Tugu Kota A Famosa sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan...
PRN MELAKA: NADARAJAH TEKAD PERTAHAN GADEK, BANTU BN TAMBAH KERUSI DUN
AYER KEROH 25 Oktober - Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah bertekad...
PRN MELAKA: AB RAUF TUNGGU LAPORAN SEBELUM BUAT KESIMPULAN ISU MCA
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih menunggu laporan berhubung tindakan kepimpinan MCA...
PRN MELAKA: TOK AJAK JANJI TERUSKAN KHIDMAT, TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN DI TELOK MAS
AYER KEROH 25 Oktober - Kesinambungan khidmat bakti serta penambahbaikan kualiti perkhidmatan kepada rakyat menjadi keutamaan Datuk Wira Abdul Razak...
MAHASISWA PERLU BERANI BONGKAR KEHEBATAN SEJARAH MELAYU
TANJUNG BIDARA 25 Oktober - Mahasiswa perlu berani meneliti, membongkar dan mendokumentasikan kehebatan sejarah Melayu bagi memastikan warisan tamadun bangsa...
