Kadar vaksinasi Malaysia lepasi kadar purata per kapita dunia – KJ

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kadar vaksinasi harian Malaysia telah melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu berkata, dalam tempoh satu bulan yang lalu, program berkenaan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.

“Kadar purata vaksinasi pada bulan Jun mencecah hampir 170,000 suntikan sehari melepasi sasaran 150,000

“Ketika ini, kadar vaksinasi harian negara kita telah melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia.

“Vaksinasi harian Malaysia juga kebelakangan ini mencatat jumlah 250,000 suntikan secara konsisten,” katanya kepada media menerusi rakaman video berdurasi tujuh minit 46 saat hari ini.

MENTERI Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, bagi bulan Julai ini, kerajaan mensasarkan kadar purata vaksinasi meningkat kepada angka 300,000 suntikan sehari.

“Pada penghujung Mei lalu, jumlah individu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin adalah sebanyak 5.9 peratus populasi negara.

“Sekarang, jumlahnya adalah 18 peratus atau dengan kata lain, jumlah penerima dos pertama meningkat sebanyak 200 peratus pada bulan Jun,” katanya.

Tambah beliau, menjelang pertengahan Julai, 10 peratus daripada populasi Malaysia akan selesai menerima dos lengkap.

“Dengan tercapainya 10 peratus ini nanti, bermakna kita berjaya mencapai salah satu daripada nilai ambang yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan peralihan daripada fasa 1 kepada fasa 2,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

834
Kongsi :
Previous post Nasib lima beranak sebilik dapat perhatian MAIM
Next post Buaya tembaga datang lagi
Ubah saiz-+=