
Kanak-kanak dilaporkan hilang di rumah rakit ditemukan lemas
KUANTAN, 29 Mei – Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, pada Jumaat malam ditemukan lemas hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri, 3, ditemukan timbul lengkap berpakaian kira-kira 1.5 kilometer dari rumah rakit berkenaan.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa meliputi tiga kilometer dari lokasi kejadian sebelum mayat mangsa ditemukan 11.35 pagi tadi oleh pasukan bomba. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam pada hari kejadian.
Sejurus itu, SAR diaktifkan dengan mengambil kira kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh dari dua rumah rakit kepunyaan bapanya, yang mempunyai jambatan kayu di bahagian tengah untuk menghubungkan kedua-dua rumah tersebut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘ENRIQUE OF MALACCA SHIPYARD’ SIMBOL KERJASAMA MALAYSIA–TURKIYE
KLEBANG 21 April - Projek pembangunan Enrique of Malacca Shipyard menjadi simbol pengukuhan hubungan maritim Turkiye dan Malaysia yang kini...
MAIM BERI SOKONGAN BUAT ASNAF MUALAF HIDAP PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP 4
PENGKALAN BATU 21 April - Seorang asnaf mualaf yang menderita penyakit buah pinggang tahap empat mendapat perhatian Majlis Agama Islam...
MELAKA BUKA 1,500 PELUANG KERJA BAHARU DALAM BIDANG MARITIM
KLEBANG 21 April – Pembangunan industri maritim di Melaka terus membuka ruang luas kepada tenaga kerja tempatan apabila lebih 1,500...
TIADA KEPERLUAN TANGGUH PRN MELAKA – KM
KLEBANG 21 April - Kerajaan Negeri tidak melihat adanya keperluan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana tiada asas kukuh...
ENRIQUE OF MALACCA SHIPYARD BAKAL PERKUKUH EKONOMI MARITIM MELAKA
KLEBANG 21 April – Kerajaan Negeri memperkukuh sektor ekonomi maritim menerusi pelaksanaan projek pembangunan Enrique of Malacca Shipyard bernilai RM180...
WRUR MACHAP JAYA: 214 ADUAN SUDAH DISALURKAN KEPADA JABATAN, AGENSI UNTUK TINDAKAN
MACHAP JAYA 21 April - Keseluruhan sebanyak 214 pelbagai jenis aduan sudah diterima setakat ini bagi penganjuran Program Wakil Rakyat...
