Sorting by

×

Kariah Pulau Samak zahir rasa cintakan Rasul

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BATU BERENDAM 9 Oktober – Kariah Masjid Nurul Hidayah, Pulau Samak di sini menyambut Maulidur Rasul 1444 Hijrah secara besar-besaran selepas dua tahun tahun.

Bagi menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad SAW, lebih 300 peserta dengan lapan kontinjen berarak sejauh 1.5 kilometer.

Pengerusi Masjid Nurul Hidayah, Mansor Kasim berkata selepas melalui episod pandemik selama dua tahun tidak dapat berarak, kali ini program itu dihidupkan kembali dan mendapat respon positif penduduk.

Katanya, antara pengisian program yang bermula jam 6 petang itu ialah perarakan, solat Maghrib berjemaah, selawat Maulud, ceramah dan penyerahan hadiah kepada semua pasukan yang turut serta pada acara tersebut.

“Menariknya tahun ini adalah selepas pandemik, kita wujudkan kembali ‘rewang’ dalam kalangan penduduk dan ahli jawatankuasa masjid untuk memasak bersama di Masjid ini kerana kita akan buat kenduri, jamu semua peserta pada hari yang mulia ini.

“Selain menyatakan rasa cinta pada nabi kita, program ini juga menyemarakkan lagi ukhwah yang terjalin dalam kalangan penduduk dalam pelbagai lingkungan usia di sini.

“Program ini juga kita akan adakan sebagai acara tahunan selepas mendapat respon positif sebegini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

IMG-20221009-WA0016
ANTARA peserta perarakan Maulidur Rasul peringkat Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pulau Samak, Batu Berendam, petang tadi

Mansor berkata, lapan kontinjen yang turut serta pada sambutan itu ialah Surau Ar Rahman; Taman Sutera Wangi; Surau An Munirah, Surau An-Nur, Kumpulan Helwah Masjid, Kumpulan Tahfiz Masjid Nurul Hidayah, tadika, dan wakil Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6826
Kongsi :
Previous post 5 jagoan muaythai gegar gelanggang
Next post Amaran hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri – MetMalaysia
Ubah saiz-+=