KARNIVAL USAHAWAN MERIAHKAN FESTIVAL LAYANG-LAYANG

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 11 September – Peminat kraftangan, makanan dan minuman resipi Melaka, boleh berkunjung ke Karnival Usahawan @ Festival Layang-Layang Antarabangsa Negeri Melaka 2024, di Klebang Street, di sini, berlangsung pada 14 hingga 16 September nanti.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, penganjuran dua program serentak di lokasi sama dijangka mampu menggamit lebih ramai pengunjung dan pelancong ke negeri ini, sekali gus menyokong Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Katanya, antara objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk menyediakan platform bagi usahawan Negeri Melaka mempromosi dan mengembangkan lagi pasaran produk keluaran mereka.

“Karnival ini melibatkan peniaga dan usahawan kecil yang terpilih, pada awalnya kita menerima kira-kira 100 permohonan, namun selepas proses tapisan cuma 50 sahaja yang layak.

“Peserta yang terpilih perlu memanfaatkan peluang yang diberikan, kerana festival ini bakal menjadi persinggahan pengunjung dan pelancong luar Melaka serta antarabangsa selain wakil negara asing mengambil bahagian,” katanya pada sidang media di Bilik Tun Mutahir, Kompleks Seri Negeri, hari ini.

Allex yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang berkata, penganjuran dua program serentak itu adalah antara komitmen Kerajaan Negeri Melaka dalam membantu usahawan kecil untuk terus berkembang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

190
Kongsi :
Previous post IPD MELAKA TENGAH BERPINDAH SECARA BERPERINGKAT
Next post UNIMEL JADI PUSAT KECEMERLANGAN KURSUS UNDANG-UNDANG, KEJURURAWATAN
Ubah saiz-+=