
KAUNTER AGIHAN ZAKAT MAIM DIBUKA WAKTU REHAT
AYER KEROH 29 Oktober – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memaklumkan kaunter bagi perkhidmatan Agihan Zakat dibuka seperti biasa pada waktu rehat.
Menerusi perkongsian di Facebook Majlis Agama Islam Melaka – Rasmi, tulisnya, operasi kaunter itu dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 3.30 petang pada Isnin hingga Khamis.
Sementara itu, operasi kaunter bagi hari Jumaat pula dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Bagaimanapun, pada hari tersebut, ada pelaksanaan waktu rehat dari jam 12.15 tengah hari sehingga 2.45 petang bagi memberi ruang kepada kaum Adam menunaikan Solat Jumaat.
“Bermula 1 Oktober 2024 lepas , MAIM telah menyambut baik saranan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bagi menambah baik mutu perkhidmatan setiap agensi supaya kaunter perkhidmatan Agensi Negeri dan Persekutuan di Melaka beroperasi waktu rehat.
“Kami berharap dengan inisiatif ini dapat memberikan keselesaan dan kemudahan untuk perkhidmatan Agihan Zakat,” tulisnya dalam Facebook.
Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web maim.gov.my.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
