
Keberkesanan vaksin Sputnik V terhadap Omicron diketahui dalam tempoh 10 hari
MOSCOW, 12 Dis – Ujian mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 Sputnik V Rusia terhadap varian Omicron akan mengambil masa 10 hari, kata Pengarah Pusat Penyelidikan Gamaleya untuk Epidemiologi dan Mikrobiologi, Alexander Gintsburg.
“Saya fikir 10 hari sudah cukup untuk menguji keberkesanannya,” kata Gintsburg.
Sebelum ini, Gintsburg memberitahu Sputnik bahawa institut Gamaleya mengesahkan bahawa pesakit yang dijangkiti Omicron yang tiba di Rusia dari Afrika Selatan telah menerima suntikan vaksin.
Gintsburg berkata sebarang keputusan untuk menggantikan vaksin sedia ada hanya akan dibuat selepas data lengkap mengenai Omicron tersedia.
Untuk menghasilkan vaksin baharu ia akan mengambil masa tidak lebih 10 hari dan prosedur kawal selia pula memerlukan antara 45 hari dan dua bulan, kata Gintsburg. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA MENTERI TURUN ASAHAN BUKAN DENGAN ‘TANGAN KOSONG’
ASAHAN 23 Ogos - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelbagai bentuk bantuan, pembangunan dan sumbangan kepada warga Dewan...
KEAMANAN MELAKA HASIL PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pertemuan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dianggap amat istimewa oleh Ketua...
KAMPUNG ABBEY DAPAT DEWAN BAHARU RM500,000
ASAHAN 23 Ogos - Kemudahan awam untuk warga Asahan terus diperkukuh apabila Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)...
TOK RAUF HARGAI PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sahaja menyantuni orang awam, sebaliknya turut melibatkan anggota...
PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Penantian selama 15 tahun bagi 106 keluarga generasi kedua Felcra Bukit Sedanan untuk mendapatkan hak milik...
WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI
MACHAP JAYA 23 Ogos - Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha...

