Kebolehpasaran graduan pendidikan khas Melaka meningkat

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 23 Mei – Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) menerusi Program Memacu Kecemerlangan Saluran Kerjaya (ProMKeSK) di Melaka dijangka terus menunjukkan tren peningkatan apabila sesi 2021/2022 mencatatkan kenaikan sehingga 78.4 peratus.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Md Aziz Lani berkata peningkatan sebanyak 10 peratus berlaku pada sesi 2021/2022 berbanding pada sesi 2020/2021 dengan peratusan sebanyak 68.4 peratus.

Katanya, antara faktor peningkatan adalah dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan jalinan kerjasama pihak ProMKeSK bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Kita melihat faktor peningkatan antaranya usaha jalinan bersama Perkeso menerusi Program MyFutureJobs, di mana pihak ProMKeSK akan mendaftar pelajar tahun akhir dengan Perkeso untuk pemadanan kerjaya.

“Pengiraan data akan diadakan setiap dua tahun bermula pada bulan Oktober, di mana selepas data akan dikutip selepas pelajar tamat belajar,”katanya.

photo_2023-05-23_14-20-16
Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Md Aziz Lani ditemui pada Majlis Graduasi Program Memacu Kecemerlangan Saluran Kerja (ProMKeSK) Pendidikan Khas Negeri Melaka Tahun 2022/2023 di Hotel Muzaffar, MITC, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Graduasi Program Memacu Kecemerlangan (ProMKeSK) Pendidikan Khas Negeri Melaka Tahun 2023 di sebuah hotel di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Md Aziz berkata kebanyakan pelajar pendidikan khas di negeri ini dibahagi kepada tiga kategori iaitu masalah pembelajaran, ketidakupayaan penglihatan dan ketidakupayaan pendengaran.

“Rata-rata kebolehpasaran graduan yang menerima SKM Tahap 2 ini apabila tamat belajar ada yang bekerja sendiri dan ada juga yang sambung belajar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1483
Kongsi :
Previous post 53 pelajar pendidikan khas terima SKM Tahap 2 pada Majlis Graduasi ProMKeSK
Next post Tekanan lambakan hotel di Melaka hadapi kekurangan pekerja
Ubah saiz-+=