53 pelajar pendidikan khas terima SKM Tahap 2 pada Majlis Graduasi ProMKeSK

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 23 Mei – Seramai 53 graduan pendidikan khas menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 mengikut bidang masing-masing pada Majlis Graduasi Program Memacu Kecemerlangan (ProMKeSK) Pendidikan Khas Negeri Melaka Tahun 2023.

Penghargaan tersebut disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Md Aziz Lani dalam majlis yang julung kali diadakan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Daripada jumlah tersebut seramai lima graduan menerima Sijil Pelatih Terbaik manakala 48 graduan menerima sijil mengikut bidang masing-masing.

Menurut Md Aziz Lani, majlis graduasi yang diadakan buat pertama kali itu bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pelajar yang lulus dan layak mendapat SKM Tahap 2.

“Penghargaan ini bagi menyuntik semangat kepada graduan untuk terus cemerlang dalam bidang yang diceburi.

“Majlis ini juga dapat membentuk keyakinan diri graduan ke alam kerjaya selepas tamat persekolahan serta mempamerkan kejayaan mereka mengikut bidang masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Graduasi Program Memacu Kecemerlangan (ProMKeSK) Pendidikan Khas Negeri Melaka Tahun 2023 di sebuah hotel di sini hari ini.

Tambahnya turut diberi penghargaan adalah lima pusat penilaian amali iaitu enam sekolah yang telah membimbing graduan hari ini sepanjang tempoh latihan.

“Lima pusat penilaian amali itu terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh, SMK Air Molek, SMK Ade Putra, SMK Datuk Bendahara, SMK Tun Tuah dan SMK Sungai Udang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1894
Kongsi :
Previous post Melaka Titans bukan pasukan ‘naik turun’
Next post Kebolehpasaran graduan pendidikan khas Melaka meningkat
Ubah saiz-+=