DUN Paya Rumput : Kejohanan Ragbi Bawah 12: Medium pelapis pamer kebolehan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PAYA RUMPUT 7 Julai – Bagi mencari pelapis, satu Kejohanan Ragbi bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Melaka Tengah telah diadakan pada 29 Jun lalu di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin berkata, kejohanan itu bertujuan untuk meningkatkan mutu permainan pemain-pemain selain mencari pelapis generasi muda mewakili daerah, negeri dan kebangsaan.

Beliau yang juga EXCO Pendidikan negeri, percaya dengan kebolehan dan kemahiran pemain-pemain yang diyakini boleh mencipta kejutan.

“Saya harap menerusi kejohanan ini, Melaka dapat mencapai matlamat yang disasarkan dan ianya dapat dikembangkan ke peringkat lebih tinggi.

“Selain cari pelapis baharu dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah, saya yakin dengan adanya kekerapan penganjuran kejohanan seumpama ini dapat membaiki mutu permainan pada masa akan datang,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya baru-baru ini.

Hadir sama ke kejohanan itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Karim Tumin, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah (Bahagian Pengurusan Bakat Murid), Yanti Hartiny Hamidon dan Guru Besar SK Paya Rumput Rozahiran Hamzah.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Paya Rumput Datin Mariana Marzaporkhan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1847
Kongsi :
Previous post Tajuk-tajuk Utama Akhbar – Khamis, 7 Julai 2022
Next post JPJ lancar Op Khas Hari Raya Aidiladha
Ubah saiz-+=