
KELAB PPSPM PRIHATIN MANGSA BENCANA, AGIH BANTUAN KIT MAKANAN
BANDARAYA MELAKA 15 Jun – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menerusi kelab rekreasinya mengagihkan sumbangan kepada mangsa terjejas akibat kejadian ribut di beberapa lokasi di negeri ini baru-baru ini.
Pengerusi Kelab PPSPM Salman Salim berkata, kakitangan PPSPM juga antara mangsa yang terkesan akibat bencana yang berlaku, apabila kediaman mereka turut mengalami kerosakan.
“Prihatin atas musibah yang melanda, Kelab PPSPM telah menyalurkan sumbangan kit makanan kepada mangsa ribut dan hujan lebat baru-baru ini.
“Penerima bantuan adalah kakitangan PPSPM sendiri selain orang awam sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas dan Kampung Morten. Menerusi aktiviti ini kami menyampaikan sumbangan kepada lebih 10 pemilik kediaman terjejas,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Salman berkata menerusi sumbangan terbabit sedikit sebanyak ianya diharap dapat meringankan bebanan mereka.
“Kebajikan ahli adalah keutamaan kami, namun pada masa yang sama turut cakna terhadap nasib mangsa dalam kalangan orang awam, semoga bantuan yang disalurkan memberi manfaat kepada penerima,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
INISIATIF JENGKAUT MINI: PROSES GALI KUBUR KINI SIAP KURANG SATU JAM
KUALA LINGGI 12 Julai - Proses menguruskan pengebumian jenazah umat Islam di Melaka menjadi lebih efisien dan cepat menerusi pelaksanaan...
PELANTAR TINJAU BAKAL SERLAH PESONA SUNGAI KESANG
SUNGAI RAMBAI 11 Julai – Pengunjung bakal menikmati panorama Sungai Kesang dari sudut pandangan baharu menerusi pembangunan lookout point (pelantar...
NAIK TARAF PASAR WILAYAH TAMAN KOTA LAKSAMANA TINGKAT KESELESAAN PENIAGA
KOTA LAKSAMANA 12 Julai – Kerja naik taraf Pasar Wilayah Taman Kota Laksamana dengan peruntukan keseluruhan hampir RM1 juta memberi...
MERCU TANDA ‘I LOVE’ BERMULA DI KESIDANG
KESIDANG 12 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang menjadi perintis kepada penggunaan papan tanda berkonsepkan 'I LOVE' yang kini...
SUMBANGAN PERALATAN PERNIAGAAN KETUA MENTERI BERMAKNA BUAT PENIAGA KECIL
KUALA LINGGI 11 Julai - Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan peniaga kecil terus dizahirkan menerusi penyerahan bantuan peralatan perniagaan berupa...
TAWARAN ISTIMEWA ZOO MELAKA SEMPENA HARI HARIMAU SEDUNIA, 25 JULAI INI
AYER KEROH 11 Julai - Bersempena Hari Harimau Sedunia pada 25 Julai ini, Zoo Melaka menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Doodle...

