
Kelantan, Terengganu diramal banjir pada Khamis dan Jumaat ini
KUALA LUMPUR, 26 Dis – Model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan kemungkinan berlaku banjir di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula 30 hingga 31 Dis ini.
JPS dalam kenyataan malam tadi memaklumkan kemungkinan tersebut dikeluarkan susulan Ramalan Cuaca Signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Dis hingga akhir tahun ini.
Menurut kenyataan itu risiko banjir diramal di Kelantan antara pukul 8 malam (30 Dis) dan 8 pagi keesokan harinya melibatkan jajahan Gua Musang dan Kuala Krai serta kawasan sekitarnya berikutan jangkaan kenaikan aras air melepasi aras bahaya di Sungai Galas di Limau Kasturi dan Dabong serta Sungai Kelantan di Kuala Krai.
Pada tempoh sama, ramalan risiko berkenaan turut melibatkan daerah Dungun dan kawasan sekitarnya di Terengganu ekoran aras air di Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja juga dijangka naik melepasi aras bahaya.
Justeru, JPS mengingatkan orang awam untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEPIMPINAN BERJIWA RAKYAT, PENIAGA SAMBUT BAIK AB RAUF KEKAL KETUA MENTERI
REMBIA 21 November - Pelantikan semula Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 bagi penggal...
BERKAIN PELIKAT PUN TURUN PADANG, ABDUL HAKIM TAK BERTANGGUH SELESAI ADUAN RAKYAT
LENDU 21 November – Penampilan bersahaja hanya berkain pelikat dan berbaju T tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu,...
12 PENGIKTIRAFAN BUKTI KECEMERLANGAN MPJ
JASIN 21 November - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terus memperkukuh prestasi sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) berprestasi tinggi apabila berjaya...
AB RAUF BERSYUKUR MAMPU IMBANGI TUGAS PIMPIN NEGERI, BERJAYA DALAM AKADEMIK
BANGI 21 November - Mengimbangi tanggungjawab sebagai Ketua Menteri dan pada masa sama menyambung pengajian dalam Ijazah Kedoktoran bukan sesuatu...
‘DI SEBALIK DBA INI, ADA PENGORBANAN ISTERI DAN KELUARGA’ – AB RAUF
BANGI 20 November - Kejayaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh memperoleh Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) bukan...
SELESAIKAN ADUAN RAKYAT KEUTAMAAN ABDUL RAZAK
AYER KEROH 20 November - Menyelesaikan isu dan aduan rakyat menjadi keutamaan Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman selepas dilantik...
