
Keluarga Malaysia inspirasi Telok Mas – Razak
TELOK MAS 18 Nov- “Semangat Keluarga Malaysia banyak memberikan inspirasi kepada saya untuk berbakti di Telok Mas,” kata Calon Barisan Nasional (BN) N23, Datuk Abdul Rahman Abdul Razak.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini, selepas menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Alai, Telok Mas kelmarin.
Menurut Razak, beliau akan terus komited mencurahkan bakti kepada seluruh warga Telok Mas tanpa mengira bangsa dan agama.
“Rata-rata penduduk di sini (Telok Mas) terdiri daripada berbilang kaum namun tidak pernah ada seorang pun tercicir daripada perhatian saya.
“Saya akan terus komited untuk membantu seluruh penduduk Telok Mas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FAMA MELAKA MERIAHKAN WRUR DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 September - Nilai jualan Melaka Madani Agro Market sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
MELAKA PANTAU PERKEMBANGAN JEREBU, TIMBANG PEMBENIHAN AWAN JIKA KEADAAN MAKIN TERUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Kerajaan Negeri akan membincangkan langkah lanjut bagi menangani keadaan jerebu sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara...
MELAKA SASAR 5,000 PROGRAM KRT TAHUN INI
TANJUNG BIDARA 16 September - Sebanyak 5,000 program membabitkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) disasarkan akan dilaksanakan di seluruh Melaka sepanjang...
PUSINGAN U BERTINGKAT JIMATKAN MASA PERJALANAN LEBIH 40 MINIT – KM
TANJUNG BIDARA 16 September - Projek pusingan U bertingkat (elevated U-turn) di Jalan Cheng kini dalam proses penilaian oleh Kementerian...
KEJAYAAN PERTAMA NUR AWADAH SELEPAS LIMA TAHUN DALAM DUNIA PIDATO
AYER KEROH 16 September – Tempoh persediaan singkat tidak menghalang Nur Awadah Mohamad Adli, 14, melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai...
BULATAN SUNGAI BARU ULU, BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 70,000 PENDUDUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Lebih 70,000 penduduk sekitar Masjid Tanah menerima manfaat daripada pembinaan Bulatan Sungai Baru Ulu di...
