
Keluarga memerlukan gembira terima Rumah Prihatin
TELOK MAS 10 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad meraikan keluarga Aszarin dan Shalizah bersama lima anak mereka sempena siapnya Rumah Prihatin bernilai RM37,000.
Menurut Noor Effandi, ia salah satu daripada tiga projek Rumah Prihatin buat warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang bertuah melalui permohonan tahun 2019.
“Alhamdulillah buat keluarga ini, 10 lagi permohonan berjaya bagi tahun 2020 akan kita laksanakan.
“Kita turut jemput Ahli-Ahli Jawatankuasa dan Pegawai Syarak Masjid Al-Aziz Pernu bagi majlis doa selamat ringkas dan jamuan ringkas bagi keberkatan sempena rumah serba baharu ini,” katanya.
Katanya meminta supaya penerima rumah manfaatkan rezeki itu dengan sebaiknya seterusnya memberi perhatian kepada pendidikan anak-anak mereka.
“Dengan usaha dan doa berterusan pasti putera-puteri akan berjaya dalam pelajaran sekali gus memberi kebahagian dan kesenangan buat ibu dan ayah kelak,” katanya menerusi catatan media sosial rasmi Facebook miliknya pada 4 September lepas.
Views:
Related
Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...


