Kempen ‘Melakan Visit Melaka 3.0’ terus dipromosikan

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 4 Mac. – Kempen ‘Melakan Visit Melaka 3.0″ akan terus dipromosikan bagi melonjakkan pelancongan negeri yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata, pelancaran semula kempen tersebut merupakan antara strategi kerajaan negeri bagi merancakkan semula sektor terbabit dengan menyeru rakyat Melaka bagi melawat negeri sendiri.

“Menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, kempen ini akan dilancarkan pada 8 Mac hingga 31 Disember ini biarpun ia pernah dilancarkan pada 8 November lalu dan berakhir pada 28 Februari disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah merencatkan usaha tersebut.

“Pergerakan rentas daerah yang dibenarkan ini secara tidak langsung menggalakkan rakyat pelancongan Melaka dan dapat
merangsang lagi aktiviti perniagaan dan ekonomi di seluruh negeri ini.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana telah meletakkan Melaka di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),”katanya.

Beliau berkata demikian pada Bicara Ketua Menteri disiarkan di MelakaFm, di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri akan merangka stategi bagi melonjakkan sektor n penyumbang utama Keluaran Dalam Negeri
Kasar (KDNK) Melaka tersebut.

Katanya, disebabkan cabaran pandemik COVID-19 kehadiran pelancong ke negeri ini menurun sebanyak 70 peratus sekali gus memberikan impak besar dalam ekonomi negeri.

“Berbanding pada tahun 2019, Negeri Melaka telah menerima seramai 18.7 juta orang pelancong dengan jumlah pendapatan sebanyak RM21.298 bilion,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

465
Kongsi :
Previous post Individu potong barisan suntik vaksin boleh didenda RM50,000, penjara enam bulan
Next post Setahun PN Melaka: Kekal fokus misi ‘Menuju Negeri Lestari’
Ubah saiz-+=