Kenal pasti kawasan perindustrian baharu

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

AYER KEROH 13 Mac – Perbadanan Melaka (Melaka Corporation) atau MCorp diminta untuk mengenal pasti lokasi baharu untuk dijadikan kawaasan perindustrian baharu berdasarkan keperluan kluster pelaburan.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam berkata, pada masa ini Melaka mempunyai 22 kawasan perindustrian dan mendapat permintaan tinggi daripada pelabur untuk melabur di negeri ini namun tanah industri di kawasan perindustrian sedia ada makin terhad.

Beliau berkata, sebagai sebuah negeri pelaburan dan perindustrian kerajaan negeri harus memastikan Melaka menjadi sebuah negeri pelaburan unggul dan mesra pelabur.

“Oleh itu MCorp diminta untuk mengenal pasti lokasi berpontensi untuk membangunkan kawasan perindustrian baharu berdasarkan keperluan kluster pelaburan.

“Sebagai sebuah negeri pelaburan dan perindstrian, Kerajaan Negeri harus memastikan Melaka menjadi sebuah negeri pelaburan unggul dan mesra pelabur.

“Antara projek perindustrian baharu yang sedang direncanakan termasuklah Hub Ekonomi Utara MCorp Hi-Tech Park seluas 5,000 ekar, pembesaran kawasan Industri Elkay di Lipat Kajang seluar 601.75 ekar dan kawasan perindustrian di Koridor Ekonomi M-Wez seluas 2,000 ekar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian pembukaan persidangan Pertama, Pengggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, hari ini.

Hadir sama isteri Tun Mohd Ali, Toh Puan Asmah Abdul Rahman, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari serta barisan Ahli-Ahli DUN Kerajaan Negeri.

Tun Mohd Ali berkata, Invest Melaka juga mestilah memudah cara dan menguruskan kawasan perindustrian bagi memastikan pihak pelabur dan pekilang mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

“Peranan ini diyakini mampu untuk menghasilkan kepuasan kepada para pelabur di samping meningkatkan lagi keyakinan para pelabur dan pekilang untuk terus beroperasi di Melaka.

“Melaka juga mestilah menjadi destinasi ‘ease and enjoy of doing business’. Oleh itu pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan permudahkanlah urusan para pelabur dan peniaga selain perbanyakkan lokasi perniagaan termasuk ruang niaga untuk penjaja yang lebih bersih serta selesa,” katanya.

Ujar beliau lagi, agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Corporation Malaysia (SME Corp), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan sebagainya haruslah meneruskan bantuan pembangunan usahawan khususnya kepada usahawan Bumiputera untuk dapat hidup dan kekal bersaing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2157
Kongsi :
Previous post Lagi kemalangan isteri maut, motosikal terbabas
Next post Sasar KDNK Melaka meningkat sehingga lima peratus tahun ini
Ubah saiz-+=