
Kerajaan bincang buka sempadan antarabangsa
ALAI 18 Julai – Perbincangan bagi membuka semula sempadan antarabangsa akan dirangka Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama Kementerian Luar Negeri bagi merancakkan semula ekonomi pelancongan pasca Covid-19.
Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rancangan itu sekali gus meneliti pendekatan gelembung perjalanan (travel bubble)Â terhadap enam buah negara yang terlibat bagi memulihkan industri pelancongan.
“Sempadan-sempadan ini masih ditutup, kalau negara itu telah diisytihar sebagai negara hijau dari penularan Covid-19, kita akan bersedia membincangkan prosedur operasi standard (SOP) yang membolehkan pergerakan.
“Kita telah kenal pasti enam buah negara dalam pendekatan gelembung perjalanan ini khususnya Australia, New Zealand, Singapura, Vietnam dan Jepun.
“Perbincangan itu juga akan melibatkan rundingan berkaitan SOP yang diperuntukkan antara dua negara dan kita juga mohon mempertimbangkan usahawan-usahawan mereka dapat memulakan perjalanan ke negara ini agar merancakkan lagi ekonomi antara dua pihak,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 15 RUMAH DIBADAI RIBUT DI PULAU GADONG
KLEBANG 11 Jun - Lebih 15 kediaman di sekitar Pulau Gadong, di sini, terjejas akibat ribut dan hujan lebat yang...
AKCC ANJUR KEJOHANAN GOLF AMAL PIALA PENGERUSI 2026 OGOS INI
AYER KEROH 11 Jun - Ayer Keroh Country Club (AKCC) akan menganjurkan Kejohanan Golf Amal Piala Pengerusi 2026 pada 1...
WRUR JADIKAN MPHTJ LEBIH MESRA RAKYAT
KESIDANG 11 Jun - Pendekatan turun padang menerusi diamalkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) setiap kali Program Wakil Rakyat...
INDONESIA JADI TUMPUAN PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA
KESIDANG 10 Jun - Pelancongan kesihatan kekal sebagai segmen berpotensi tinggi dalam industri pelancongan Melaka, dengan pasaran Indonesia terus menjadi...
MPHTJ BAWA SINAR BAHARU BUAT KELUARGA CHEN CHEN
KESIDANG 10 Jun - Diuji dengan keadaan suami yang tidak mampu lagi bekerja selepas tiga kali diserang strok, kunjungan kakitangan...
PENERBANGAN TERUS PEKANBARU-MELAKA JIMAT MASA, PERMUDAH PERJALANAN
KESIDANG 10 Jun - Pembukaan semula laluan penerbangan terus Pekanbaru-Melaka memberi berita gembira kepada pelancong dari Indonesia yang mengakui perkhidmatan...
