KERAJAAN MELAKA BERDUKA CITA NAHAS DI KILOMETER 204
BANDARAYA MELAKA 24 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mewakili Kerajaan negeri menzahirkan rasa duka cita di atas kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara, malam tadi, sehingga mengorbankan tujuh nyawa.
Beliau juga sempat menziarahi dan menyampaikan salam takziah kepada waris mangsa kemalangan di Hospital Melaka, pagi ini.
“Saya merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa-mangsa kemalangan yang menimpa mereka pada malam tadi. Kerajaan Negeri Melaka turut berduka cita dengan kemalangan ini.
“Saya dapat maklumat bahawa ia berpunca daripada sebuah lori yang tayarnya tercabut dan melibatkan sebuah kereta dinaiki satu keluarga terlibat dalam kemalangan ini, pemandu bas persiaran juga maut dalam kemalangan ini,” katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, Ab Rauf turut meminta semua pemilik kenderaan berat agar lebih cakna dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
“Saya juga berharap pihak berkuasa dapat memantau keadaan jentera-jentera berat ini dan mengambil langkah awal untuk memastikan bahawa semua kenderaan berada dalam keadaan selamat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PARAKOM DITEMPATKAN DI GADEK HOTSPRING, ELAK KEJADIAN TIDAK DIINGINI
GADEK 21 Januari - Sebagai langkah keselamatan pengunjung, sekumpulan Paramedik Komuniti (Parakom) akan ditempatkan dalam kawasan Gadek Hotspring Wellness and...
TIADA LAGI TOL PERCUMA SEMPENA PERAYAAN, KERAJAAN AMBIL PENDEKATAN BERSASAR – NANTA LINGGI
KLANG, 21 Jan - Kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma bersempena musim perayaan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri...
MELAKA JADI CONTOH NEGERI PRAKTIK NILAI PATRIOTISME
BANDARAYA MELAKA 21 Januari - Melaka terus menjadi contoh negeri yang mempraktikkan usaha ke arah memperkukuh perpaduan melalui nilai patriotisme....
MASIH TUNGGU STATUS PEMBINAAN LOJI WTE
PAYA RUMPUT 21 Januari - Kerajaan Negeri masih menunggu status pembinaan loji Sisa ke Tenaga (WTE) di Tapak Pelupusan Sisa...
32 INDIVIDU CEDERA DALAM KEJADIAN LETUPAN KILANG KIMIA DI KLANG
KLANG, 21 Jan - Polis mengesahkan sebanyak 32 individu tercedera dalam kejadian letupan di kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula...
DUA BAZAR AIDILFITRI, SEMBILAN PASAR RAMADAN DI ALOR GAJAH DAN MASJID TANAH
DUYONG 21 Januari - Sebanyak 11 lokasi bazar Aidilfitri dan pasar Ramadan yang bakal dianjurkan di kawasan Alor Gajah dan...